6 Masalah Fuel Filter Tersumbat

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRElhQbDXyZIi84B4m6v86CN_n-J3ZDeOlUT5MpdGdPPqPf3Y5G

Fuel Filter atau lebih tepatnya Filter bahan bakar adalah bagian kecil yang ada di dalam kenderaan, walaupun kecil tetapi memiliki fungsi penting untuk membantu agar enjin bekerja dengan baik. Hal ini memastikan bahwa bahan bakar yang masuk ke enjin bebas dari kotoran. Akibat dari tersumbatnya atau rosak akan mempengaruhi performance kereta. Sebagai pemilik kendaraan menjadi sangat penting untuk kita mengetahui simptom filter bahan bakar tersumbat dan rosak. Untuk kali ini mari kita bincangkan enam simptom tersebut.

1. Enjin kenderaan tidak boleh dihidupkan
Enjin tidak boleh hidup kerana terhalang oleh kotoran, dalam hal ini filter bahan bakar menghalang bahan bakar menuju ke enjin. Enjin hidup ketika campuran udara-bahan bakar yang berlaku di ruang bakar, kerana filter tersumbat maka bahan bakar tidak cukup untuk melakukan pembakaran. Jika hanya tersumbat sedikit akan tetap hidup setelah di cuba beberapa kali. Tapi tidak jika tersumbat sepenuhnya memang takhidup dah la kereta.

2. Bau menyengat dari minyak atau asap pada ekzos
Asap yang dihasilkan oleh kendaraan atau minyak berlebih yang menitis di pipa knalpot menyebabkan bau tidak senang. Boleh di pastikan bahwa ini adalah simptom dari filter bahan bakar yang tersumbat oleh kotoran.
3. Kereta tersengguk-sengguk
Enjin berjalan tersengguk-sengguk apabila tidak menerima bahan bakar secara terus oleh injector untuk melakukan pembakaran, atau tidak mencukupi. Biasanya di sebabkan filter bahan bakar tersumbat. Lakukan pemeriksaan ketika terdengar timing tidak menentu atau kereta anda tersengguk-sengguk.

4. Enjin Mati Tiba-Tiba
Enjin kenderaan yang cukup bahan bakar biasanya akan tetap hidup. Jadi bila enjin berhenti dengan tiba-tiba anda boleh mengenalpasti masalah kerana mungkin bahan bakar tidak mencukupi. Anda boleh mencubanya dengan membersihkan fuel filter yang tersumbat dengan kotoran.


5. Hilangnya kekuatan Enjin
Ketika aliran bahan bakar berada di bawah tahap minimum maka akan menyebabkan kurangnya kekuatan enjin. Jika filter tersumbat berkemungkinan terjadinya aliran petrol ke enjin berkurang. Semasa anda menekan pedal minyak namun kenderaan tiada resond, atau ketika enjin tersengguk-sengguk ketika anda mencuba untuk memotong atau ketika anda membawa dengan muatan berlebihan atau ketika mendaki bukit, itu merupakan simptom tersumbatnya filter bahan bakar. Akibat aliran bahan bakar tersumbat dan kurangnya petrol di dalam enjin menyebabkan pembakaran tidak sempuerna dan kurangnya penghasilan tenaga.

6. Missfire atau letup-letup
Engine missfire berlaku apabila pembakaran tidak berlaku dengan sempurna. Aliran bahan bakar atau petrol tertutup oleh filter yang tersumbat. Maka menyebabkan terjadinya enjin Misfire atau letup-letup.

Untuk memastikan perjalanan lancar, pemeriksaan secara berkala setiap 30ribu km atau cukup dengan setahun sekali bagi memastikan filter bahan bakar dapat berfungsi dengan baik. Hal ini bagi menjamin agar enjin tahan lama dan kenderaan anda tidak tersadai di perjalanan.

Comments

  1. For the issues that im sharing is more for jerking problem..it doesnt related at all for the abs and its sensor..for the towing normally provided by the insurance company..bytheway thanks for your infomation..

    ReplyDelete
  2. hai.kerta saya Hilux kun 2.5 tahun 2005.hidup senag tapi dalam masa 20 Minit dia mati.dan boleh hidup balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah settle ke issue tuan ni..sama dgn kes kereta saya..

      Delete
    2. Hi so apa problem eh kereta mcm ni? Dah ganti spark plug, coil dgn air filter but still sama je.

      Delete
    3. Hi so apa problem eh kereta mcm ni? Dah ganti spark plug, coil dgn air filter but still sama je.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17 / KA19

DIY | FIX - Cermin pandang belakang longgar / loose rear view mirror