Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17 / KA19
Sorry entry kali ni lari sikit dari tujuan blog ini dihasilkan.
Pada 27/5/2013, aku telah tercalon dari SPA bagi sesi Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan
Kecergasan dan Temuduga Pegawai Penjara Gred KX17/ skrg KA19. Tempat temuduga Maktab Penjara
Malaysia. Temuduga ni aku dapat maklumat pada mulanya melaui sms yang dihantar melalui SPA.
Selepas membuat pengesahan tawaran melalui email aku rase exited. Tapi yang terkejutnya
tarikh temuduga dalam masa 2minggu lebih dari tarikh terima tawaran. Selepas membuat membuat
kiraan dalam masa 2minggu ni aku kene fit untuk semua ujuan kecergasan yang dinyatakan dalam
surat tawaran, antaranya larian 2.4km dlm masa 14minit. Kalau diikutkan hati dan badan ni
aku rasa memang tak layak dah dengan BMI aku pun dah nyawa² ikan.Tapi aku nekad untuk ubah
masa depan aku untuk menjadi sebagai seorang anggota kakitangan awam aku pegi jugak ujian
dan temuduga kx17 ni.
Berat aku 69kg tinggi 163cm. BMI aku 25.97. Memang paras hidung ni. kalau berat aku naik ke
70kg atau penimbang masa temuduga tu ralat yang buat berat badan aku lebih. Confirm balik
kosong aku. Dalam masa 2minggu tu la aku nekad cuba kawal makan dan cuba cari fitness untuk
temuduga KX17 ni. Dalam masa yang sama sedikit info tentang jabatan aku dapat dari portal
hijau http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau tentang visi, misi, tugas pegawai
penjara dan direktori Jabatan Penjara Malaysia.
Kali pertama aku pikirkan tentang temuduga ni. Dalam hati tak ramai kot, dlm 20-30 orang
untuk seluruh ujian fizikal ni, mungkin saingan tak kuat. hahaha (gelak jahat) tanggapan aku
salah. Selepas buat sedikit penyelidikan di laman web malaysia. nahh ambik kau tak silap aku
30 ribu orang calon yang shortlisted dari spa untuk ujian fizikal dan temuduga ni. ko rasa 1
dari 30ribu tu ko tercalon ke? memang boleh buat mental down kalau tau dengan kita yang
knowledge tak seberapa dan fitness kelaut nih. Tak pe aku nekad kn juga.
aku bekerja dalam sektor swasta di kL. Bagi pilihan tempat temuduga dalam SPA aku letak KL.
Jadi untuk Pemeriksaan Fizikal dan Temuduga KA19 di Maktab Penjara ni aku buat tinjauan ke
Penjara Kajang bagi memudahkan perjalanan aku pada hari kejadian memandangkan aku tinggal di
Ampang dan tak pernah sampai Kajang.
Hari kejadian 15minit lagi pukul 8AM seperti tecatit di surat panggilan. aku tiba di pintu
gerbang Penjara Kajang. First time kan, aku ditahan oleh anggota yang menjaga di Balai
Pengawal, mcm ni lebih kurang ayat aku 'assalammualaikum en, sy ada interview pegawai
penjara di mana ya tempat dia?' pegawai penjara'en punya surat tu tempat dia di Penjara
Kajang atau di Maktab?'. aku dalam hati, wah sampai dua tempat sesi pemeriksaan fizikal dan
temuduga ni mesti ramai.
Tiba di Maktab Penjara aku lihat ade yang berbaju kemeja macam aku dan ada yang berpakaian
sukan. Demn nak pakai ape ni sebenarnye. Confuse dengan surat paggilan temuduga. Nak
dipendekkan cerita tukar la aku berpakaian sukan untuk sesi pertama untuk pemeriksaan
fizikal, pancaindera dan kecergasan pada hari pertama, dan jika berjaya baru ke sesi
temuduga pada keesokkan harinya.
Masuk ke dewan Maktab Penjara aku anggarkan lebih kurang 200orang dan dibahagiakan kepada
kumpulan A dan B bagi yang hadir bagi sesi hari tu sahaja. Pemeriksaan pertama ic dan nama
tersenarai dalam paggilan temuduga dan terus melakukan pemeriksaan tekanan darah. Selesai
tekanan darah pemeriksaan BMI, berat dan tinggi aku diambil dan dikira. alhamdulillah lepas,
seterusnya ukuran dada dan mata untuk rabun dekat jauh dan warna. seterusnya pemeriksaan
pancaindera, di sini dia akan nilai kita dari sejarah mana yang ada patah tak layak dan
seterusnya disuruh berkawad bagi menilai pancaindera kita ada bengkok atau senget (kaki
tangan bahu) jalan senget sikit pun reject. Last skali untuk sesi kecergasan,
-larian 2.4KM 14minit
-Bangun tubi dalam masa 2minit 30x
-Lari ulang alik 4x10m 11saat
-Lompat jauh berdiri 215CM
Untuk kecergasan larian 2.4km dilakukan last skali. cuma tinggal 16org ke sesi untuk larian
ni dari 200orang. Ditawarkan masa untuk berehat atau teruskan untuk larian. kami sebulat
suara memilih untuk terus ke larian 2.4km pergh semangat. tapi bagi aku yang ni paling cuak
gile. hahaha. mula lah larian di padang maktab Penjara Malaysia. panas terik matahari tegak
diatas kepala pukul 12tghhari. satu round 400meter -jumlah pusingan 6 lebih kurang. seperti
yang dijangka akulahhh yang paling last. semasa aku baru round ke3. orang yang paling depan
telah memotong aku. pergh laju betul, jarak aku dengan orang depan 2nd last pun dekat stgh
padang. dalam hati takpelah janji aku usaha dan aku tak berjalan walaupun lambat.
alhamdulillah semua berjaya termasuk aku bagi sesi hari tersebut. aku rasa masa aku lebih
20minit kot. setelah tamat semua baru diberikan taklimat tentang temuduga esok. tentang
pakaian dan kekemasan khususnya rambut, misai dan janggut. interview aku sambung next entry.
Good luck bagi calon² baru bagi jawatan pegawai penjara jangan menyerah kalah.
Dpt x?
ReplyDeleteAlhamdulillah dah 5thn brkhidmat..
DeleteBrapa lama kptsn slps temuduga? Dan ape tugas hakiki pegawai penjara KA19 ni ya?
Deletekurang dua bulan. lantikan terus atau simpanan 1 tahun @ tidak berjaya. tugas hakiki pemulihan dan pegawai keselamatan.
DeleteSush x ujian fizikal... Memng betul2 follow up mnde yg dia nk k.. Atau xckup push up diterima.. 😀
DeleteHaha..semua tu syarat wajib kene lepas..tak ada payung bro..xlepas buat balik terus..
DeleteDah lepas ujian fizikal ni, apa lagi ye?
ReplyDeleteTemuduga
Deletetemuduga tu tanya apa jee ye ..
DeleteBnyk ganeral je..agama sikit,ttg jabatan sikit & pngtahuan am sikit..
DeleteSaya nk tnya tinggi dan berat wajib ikut spec y dorg bgi ke??
ReplyDeletebetul. BMI ideal juga diambil kira. tp kalau +/- 1.0@0.5 atas budi bicara.
Deletelepas ujian fizikal, interview bila pulak ye?
DeleteDalam masa 1-2bulan xsilap
Deleteassalm En Hazwan. Syarat BMI 19 - 26 kan? .. kalau BMI 27.6 insyallah ada budi bicara x?.. atau tak kan ada budi bicara langsung ?. TQ
DeleteWaalaikummussalam..ya btl..wallahu..atas pegawai yang menjaga tersebut..
DeleteAda tk org yg hadir temuduga tpi tinggi dia tk melepasi.. Dorg terus reject ke?
ReplyDeleteIya btl tggi n berat tu antara tapisan awal..kalau ralat 1-2cm tu mungkin atas budi bicara..
DeleteKalau lari 2.4 km tu lebih dr masa dia mmg out terus ke?
ReplyDeleteTak semestinya..aku dulu pn out..tp ada juga pusat-pusat ujian fizikal yg wajibkan 2.4 14mnt..
DeleteAdakah gigi salah satu penting dalam temuduga. Jika pakai gigi palsu. Untuk temuduga pgawai pnjara
ReplyDeleteYa gigi penting sebagai penampilan..tp memakainya tidak mnjadi satu kesalahan..setakat yg aku tahu la..
DeleteAssalamualaikum.. sy nk tanya, pegawai penjara ni dia check tulang belakang bengkok ke x ?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..ya tuan..tulang belakang tulang bahu tgn kaki dan dll..dia akan tgk kita berdiri dan berkawad
Deleteassalammualaikom..bleh tau x,brpa lama tempoh latihan asas ye apabila kita brjaya utk kedua2 sesi pemilihan ni..4 bulan ke 6 bulan ye?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..3-4bulan latihan asas
DeleteMaksud sy, dia x ray x tulang blakg?
Deleteassalam.kalau rabun jauh mmg dia keluarkan terus ker
ReplyDeleteWaalaikummussalam.. ya tuan..utk badan beruniform syarat wajib rabun tidak layak.
DeleteBerapa lama latihan di pulapen
ReplyDeleteDah jwb dlm coment di atas. Tq
Deletesalam,selepas temuduga fizikal kalau lulus ..temudga k2 selalu nya akan ad soalan apa dri penemuduga
ReplyDeleteSoalan temuduga sgnt subjectif..lbh kpd diri sendiri, jabatan,agama dan negara. Cth rukun negara & rukun solat pn dia ada tnya..
DeleteKalau gigi pecah bhgian hdpn memang reject trs ke?
ReplyDeleteTak pasti pula tntang tu..tp sempat lagi kalau nk tampal gigi pecah tu..good luck
DeleteDokumen ape yg perlu bawa semase ujian fizikal
ReplyDeleteIc dan surat tawaran..rujuk lampiran surat tawaran @ email utk kepastian..
Deleteboleh pakai contact lense atau spek x ?
ReplyDeleteSyarat wajib badan beruniform adalah tidak rabun..
DeleteAssalamualaikum sya ada dapat tawaran sPA semak no ic. . tp email dan sms sya x dapat mcm mana ya? .Jika dapat mereka akan cek rawatan kesihatan kan .?
ReplyDeleteKlu past semua ujian
Latihan akan d buat tempat di mana ya selalu nya sbb sya pedalaman terima kasih
Waalaikummussalam..utk pengesahan peggilan ujian pancaindera dan kecergasan en blh call terus dengan spa.pemeriksaan kesihatan selepas berjaya temuduga dan bagi tawaran pelantikan buat dgn hospital..pusat latihan dan penempatan akan dimaklumkan kemudian
DeleteAssalamualaikum, pengambilan bagi Wanita banyak ke?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..sorry cik sy xda info tentang itu..
DeleteDia ada x, x-ray tulang belakang kita?
ReplyDeleteXray tulang belakang xda. Tp semasa pemeriksaan pancaindera dia tgk dgn mata kasar je posture badan semasa berdiri dan berjalan ada bengkok @ senget.
DeleteAsalam. Adik sy dpt iv utk ujian kecergasaan next weekm kalau tinggi 162cm n berat dlm 75kg agak agak lepast tak utk ujian bmi tu? Adik sy perempuan. Tq
ReplyDeletewaalaikummussalam. kalau ikutkan berat dan tinggi BMI dah overweight. TQ
Deleteberapa jauh test mata rabun? dan bsr mana ppan tu??
ReplyDeleteujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata..saiz dan jarak std..
DeleteAdakah apa yg encik story dlm entry ni still apply utk ujian fizikal sekarang (2019)?
ReplyDeleteSecara asasnya ujian fizikal,kecergasan dan pancaindera semua sama badan beruniform lebih kurang sama. Kelonggaran atas budi bicara anggota yg mnjaga.
Deletekalau rabun warna bang mcam mne???
ReplyDeleteSorry..rabun warna pn tak layak.
DeleteTumpang tanya,biasanya soalan temuduga bagaimana ye
ReplyDeleteSoalan temuduga sgnt subjectif..lbh kpd diri sendiri, jabatan,agama dan negara. Cth rukun negara,skop tugas,visi misi & rukun solat pn dia ada tnya..
DeleteAskm encik.saya ada mdapat surat panggilan ujian fizikal ni.n saya dah cek berat saya 63.5 tinggi 154.saya ppuan berusia 31 .adakah faktor usia dan berat akan mpengaruhi kputusan ujian tsebut.
ReplyDeleteWaalaikummussalam..usia tak menjadi ukuran dan alasan..semoga berjaya..
DeleteTerima kasih
DeleteTerketar2 bila satu2.. sy iv 16/3 nie. Sy prempuan sy cuba buat ujian yg disertakan tu. Tp bangun tubi masih xdpt sampai cram perut. Ada budi bicara x untuk tu. 😩
ReplyDeleteM
DeleteTak ada..seeloknya rehat 2-3hari sbln ujian bg perut tu rest..
DeleteAsslamualaikum Encik.Saya dapat temuduga 12/3 ni.Kalau lompat xsampai 2 cm boleh diterima ke atau reject terus?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..2cm je atas line blh buat lagi tu..
DeleteAskm encik.dalam larian 2.4km tu boleh ke berhenti bjalan seketika
ReplyDeleteAskm encik.dalam larian 2.4km tu boleh ke berhenti seketika bjalan @ mesti lari
ReplyDeleteWaalaikummussalam..kalau jln blh tp mmg tak dpt 2.4 14mnt.. aku dulu penat2 pon lari tp lari2 anak je..haha
DeleteTumpang tya,sit up ada org pgg kaki x? And belakang bdn rapat lantai ke?hee
ReplyDeleteAda org pegang kaki..rapat ke tak pandai2..
Deleteassalamualaikum encik...sy ada panggilan ujian kecergasan/fizikal tanggal 19/3 ni...berat sy 58.8kg n tinggi 167...lepas ka tu ?..umur sy 32
ReplyDeleteWaalaikummussalam..berat & tggi blh guna formula BMI.umur bkn penghalang.
DeleteRmai rupanya test 14hb ni.. bro citer serba sikit pasal pentadbiran spjg tempoh latihan..Blajar apa, ada pt x, kawad n lain2.. den xsmpai 3 bln brenti askar ni, tp reput dh, slah sorg calon jgk ni haha buat entry baru bro, brminat nk tau hal pntadbiran spjg tmpoh latihan.
ReplyDeleteskop tugas pegawai pnjara keselamatan dan pemulihan org salah..latihan asas 3-4bln..pt & kawad, kelas, self defnce dll.
DeleteOk tq reply..wlau rngkas tp dh blh dpt byangan tu. Klu lulus yg ni ktanya ada sesi kedua..blh terangkn skit?
DeleteSesi ke dua temuduga..penemuduga 1-wakil spa 1-wakil penjara
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete@Janz knpe bro brenti tentera sye bru ja nk join buln 5 ni.. Teruk ka die push tntera
DeleteTeruk mmg teruk la,tp dh lama2 biasa dh,den 5 tahun servis,bru je brenti dk pkai ic askar lg ni..salah den sbb campur mslh peribadi & tekanan kerja jd ambik kputusan trburu2
Deletebaju mesti t-shirt kolar putih ke?
ReplyDeleteTidak..pakaian sukan dan berkasut yg bersesuaian.
DeleteTumpang tnya, semasa latihan asas 3-4 bln tu ada tak latihan yg menguji pengelihatan kita..cth latihan menembak jarak jauh? Dan jika sudah mendapat lantikan tetap, adakah perlu membuat pemeriksaan fizikal lg
ReplyDeleteYa tuan ada latihan menembak jarak jauh..lps berjaya tak da lagi pemeriksaan fizikal..
Deletetq tuan.minat sangat tapi disebab saya rabun tak boleh nak teruskn..
ReplyDeleteInsyaallah rezeki tuan di tempat lain..
DeleteAssalam encik. Kalau bmi lebih 26 terus reject ye? Mksudnya ujian fizikal yg lain tak perlu dah lah?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..ya btl..bmi lebih terus balik..
DeleteSalam .. Nak bertayo ank saya ada iv 16/3 ne berat ye 43kg umur 19th tiggii 160 klau nak ikut mcm xcukuo syrt je kebiasaye ade budi bicara ke utk lulus @ berjaya.....mase ne saya sebagai ibu berdoa dn bertawakl
DeleteWaalaikummussalam puan..syarat minima berat dan tinggi tu syarat wajib tnpa budi bicara..kalau beza 0.5 tu masih blh dipertimbangkan. Insyaallah anak puan masih muda masih blh mohon di pengambilan seterusnya.sentiasa update spa8.
DeleteNak tanya.. sekiranya dpat email saja.. yg bgtau ad pemeriksaan fizikal... ad lampiran surat tawaran ke ?dekat mana? Maaf..sye x berapa faham..
ReplyDeleteUtk kepastian blh terus call spa..mcm sy dlu ada surat tp mase dtg dia xtgk pn surat tu.sbb dkt sana pn ada senarai nama.lokasi & tarikh dlm email pn dinyatakan kn..
DeleteSalam tuan rambut kene potong ke..masa ujian ini?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..utk ujian ni tak ada masalah biasenye..penampilan & kekemasan akn dinilai semasa temuduga nt.
Deletesalam tuan
ReplyDeleteSaya hendak tanya.Adakah layak ataupun tidak jika kelompok mata saya ini sebelahnya "terik" macam kelompok mata orang berbangsa cina.Tetapi yang sebelah lagi normal.Bahkan penglihatan saya pun okey.Sebelum ini pun saya pernah ajukan soalan yang sama kepada salah seorang pegawai yang berkhidmat dalam pasukan beruniform.Dimana beliau memberitahu saya bahawa tidak menjadi masalah sekiranya ianya tidak menghalang awak untuk melakukan tugas yang di amanahkan.Jadi saya minta jasa baik tuan puan untuk terangkan kepada saya layak ataupun tidak jika keadaan mata saya begini.Ini mungkin panggilan temuduga yang ke 4 untuk jawatan KA19 untuk saya.
Waalaikummussalam..pada pndangan sy la. Kelopak mata tidak menjadi masalah selagi tuan melepasi ujian mata..mungki belum rezeki lagi..tuan tak pernah disingkirkan atas alasan terik tu kn? Jadi itu bukan penyebabnya.
Deletexpasti la tuan...yg last iv 2017 dia ckp sbb gaya berjln dgn ada parut byk....mata xpasti la..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteDia mesti ada sebab yang munasabah utk gagalkan en dari ujian fizikal. Pasal parut tu aku xpasti. Tp cara berjalan hendaklah betul. Cth cara jln sama ada berjalan senget atau tgn senget.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai...sory gngu nk tnye push up bg lelaki n wanita berbeza kan?? Ke wanita pun kene push up mcm lelaki juga ye??
ReplyDeleteYa btl..berbeza
DeleteSalam tn..blh sy tahu brpe ketinggian yg mahu
ReplyDeleteWaalaikummussalam
DeleteLelaki min 157
Wanita min 153
Salam nk tnye..14/3 ad tmudga dgn pkaian skan..pkain skan tu tshirt wrna ptih or bleh je pkai bju wrna ape2 pn..tq
ReplyDeleteBoleh ja pakai baju warna apa2 bro tak de masalah..
DeleteSalam bro nk tnya kalau saya ad diploma kejuruteraan tp dpt iv ka19 sbb wktu isi dulu msuk yg spm punya ja dip xmsuk kan lg... bleh x mintak ka29
ReplyDeletewaalaikummussalam.
Deleteboleh, ka29 en kene buat permohonan lain.
salam..just nk tnye,mjdi mslh ke bg calon yg tlh pn mlhirkn ank 6 bulan?
ReplyDeletewaalaikummussalam.
Deletemslh mcm mane tu? utk tapisan awal ni tiada masalah.
Salam kalau status saya sebgai mahasiswa, tapi saya lulus temuduga, adakah saya perlu berhenti belajar?
ReplyDeletewaalaikummussalam.
Deletepenjawatan tetap sepenuh masa.
Nk tye.. lu bmi 26.40 tu... lyk ke..
ReplyDeletebergantung kpd pegawai yg menjaga. ada yg masih consider bwh 0.5 tu
Deleteassalam encik...untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan ni ada check gigi ka?
ReplyDeletewaalaikummussalam.
Deletegigi lebih kpd penampilan. tp xda la dia cek gigi satu-satu.
penggunaan gigi palsu juga xda masalah.
kalau prmpuan,tinggi xsmpai 153 .. mmg gagal trus?
ReplyDeleteiya btl. terus balik
Deletekalau bmi dlm lingkungan yg diminta cuma tnggi tu xsmpai 153 utk prmpuan,kira gagal juga ka?
ReplyDeleteiya btl. tinggi minima syarat wajib
Deletenak tanya, pegawai penjara gred19 dia sbagai wadar penjara la jga?
ReplyDeleteiya betul.
Deletehad umor sampai brp ye
ReplyDeletesorry. sy xdpt dipastikn had umur smpai brp. tp kalau ikutkan pihak spa dah buat tapisan berdasarkan maklumat yg dimohon dlm lmn web spa8i.
Deletekalau ada parut bekas jahit boleh terima ka?
ReplyDeleteparut xda masalah. tatoo dan patah yg xblh.
DeletePengalaman bro kerja cepat tak naik pngkat
ReplyDeletepangkat mcm mane tu yang dimaksudkan?
DeleteDrpd k19 ke k keatas
Deletekenaikan gred time based system.
DeleteSalam tuan, nak tanya. 1st time sy pi test fizikal, sy xlepas sbb pegawai ckp kaki itik ? Skg sy dpt lg test fizikal, tuan rasa sy perlu cuba lg or tetap sama gagal ? Dan sy nk tanya klau pi test tu n lepas kalini, iv dgn pegawai n org spa tu bila ? Esoknya ka atau masa lain.
ReplyDeleteMksud kaki itik tu cmne?
DeleteKaki itik @ flat foot..masalah flat foot sy xblh jamin..bro blh tgk tapak kaki en mcm mana skrg..temuduga skrg dibuat berasingan dipanggil kemudian..xpasti kalau ada arahan baru..
DeleteBerat 86kg,tggi 162cm =BMW 32 lpas x tu..
ReplyDeleteBmi
DeleteMaksimum 26
DeleteOwh jdi klau over 26 konfem xlpas Di Suruh balik trus la ye?ok thanks
Deleteassal tuan..sy bru dpt sms untuk hdir iv fizikal pgwai pnjara 18hb march ni..agak2 lau brt sy 47 n tnggl 157cm bleh x??
ReplyDeleteBoleh minima bmi 19 maksimum 26
DeleteWaalaikummussalam..utk wanita insyaallah xda masalah berat tu je naikkan skilo lg..
Deletehazwan hehehe..agak2 x naik dh kot..hehe..tq
DeleteSalam tuan. Nak tanya skit. Ape beza Pegawai penjara dan warden penjara?
ReplyDeletewaalaikummussalam. Pegawai Penjara @ wadar penjara mmbawa mksud yg sama.
DeleteAssalammualaikum nak tanyaa ni kalau pakai lens jernih diaorg prasaan tak eh?
ReplyDeletewaalaikummussalam. pemeriksaan penuh dilakukan..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau berat saya 50kg still boleh terima lagi ke? Due perempuan
ReplyDelete*sye perempuan
Deleteberat min 48. kiraan BMI ideal juga salah satu syarat wajib.
DeleteSalam ,17/3 ni sya dpat pi ujian fizikal,bab larian dan bangkit tubi sya boleh ,tapi berat sya 95 tinggi 164cm 😭 sya perempuam 😭 encik rasa saya perlu tarik diri awal ke ? 😭
ReplyDeleteBmi ideal 19-26..lebih @ kurg dri tu lps timbang ukur tggi kire bmi trus balik..
Deletekaki pernah patah mmg tak boleh langsung ke 😭
ReplyDeleteTak boleh..sorry
DeleteSalam tuan. Tattoo pd bhg badan lepas tak?
ReplyDeleteSalam..utk non muslim..tatoo ni ada bnyk jenis..yg xlps lebih kpd tatoo kongsi..tatoo besar sgnt pn xlps..
Deletesalam nk tnya .. sy ujian fizikal 14/3 ni.. tnggi sy 150 , berat 43 kg .. agak2 lepas tak??
ReplyDeleteWaalaikummussalam..berat dan tggi xcukup..
DeleteSalam Tuan, sy gembira sgt dpt tawaran dlm unit uniform, cita cita sy dan azam sy . Cuma fitness sy da semput after stop futsal dan hiking plus berat naik lps kerja.dan sy Bru prasan email utk hadir ujian. tak smpat nk prepare apa2 . Sy hrp lps ni ada lagi panggilan :(. Goodluck korang!! Chaiyok! Yg penting jgn putus asa!
ReplyDelete-IntanEyra-
waalaikummussalam. insyaallah..
Deletesalam.. cik..sya nak.tnya..pakaian masa iv pakaian sukan ke..perlu ke bawa baju kurung putih bg wanita..
ReplyDeletepakaian sukan
Deletewaalaikummussalam. rujuk kpd surat panggilan dia ada bagi tahu bila temuduga kalau berjaya ujian fizikal. paling baru tak salah hari yang berbeza. iv berpakaian kemas bg wanita berbaju kurung.putih tu semasa recruitmnt.
DeleteTerima kasih cik
DeleteAlhamdulillah . Dpt sikit2 tips . Terima kasih . Doakan saya berjaya untuk pemeriksaan fizikal pada 16hb march ni😊
ReplyDeleteAlhamdulillah..insyaallah tuan..sy doakan yg trbaik utk semua calon bagi ujian fizikal siri 1/2019..
DeleteTangan sebelah kiri pernah patah.. Layak ka?😥
ReplyDeleteMaaf..Kalau pernah patah mmg xlayak..
Deletewah, ramaii jugak yg dapat tawaran ni, sya pun salah stu,. 18hb ni dkt taiping.. tp bila ngok ujian dia teros jd down, sit up dia😂, lompat jauh dia, event time skola slalu wakil dlm acara ni.. badan pun da berat,. skrg cuma tumpu pada larian ja sb nk bg ringan😅.. tp logik ka asyik lari ja.. hhaahhaha..
ReplyDeleteSalam..klau berat bdn 55kg tggi 152..tp bmi still ok..lps ka tue tuan?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..tak lepas sbb tggi minima..
DeleteMaaf nak bertanya, tempoh bg step ke iv seterusnya tuu brapa bulan agak2? Proses dia lama ke? Sbb sy masih belajar dan berminat. Kalau proses ambil masa setahun, sy nk teruskan.
ReplyDeleteTak blh jamin brp lama..1thn tu paling lama, kalau brjaya prlntikn terus kurg dari tu..
DeleteSatu lagi sy nak tnya, sy pakai braces. Agak2 di reject terus ke?
ReplyDeleteMaaf cik..braces sy kurang pasti.rasanya tidak mnjadi masalah..
DeleteSalam.. saya nk tnya kalau tinggi 153cm tp berat 42.2kg kena reject terus ke? Saya dpt panggilan untuk hadir 20/3 ni tp mcm xkonfiden sb BMI tak seimbang 😢
ReplyDeleteWaalaikummussalam..ya kalau berat tinggi bmi xideal..lps timbang & ukur tggi trus blh balik..
DeleteSalam tuan. Saya nk bertanya.. andai kata tidak lepas dalam ujian lompat jauh berdiri terus balik? Dan dinyatakan dalam syarat bagi wanita adalah bangun tubi sebanyak 28 kali. Kalau kurang memang terus reject ke?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..
DeleteLompat ada 3x percubaan..iya btl kalau tak berjaya dukacita dimaklumkan ujian anda tidak berjaya..
Salam en. Kalau perempuan baru lahirkan anak 3 bulan mcm tu. Dia reject tak? Sbb dlm surat panggilan ujian , wanita baru bersalin x kurang 24m dilarang dtang ujian fizikal. Tq.
ReplyDeleteWaalaikummussalam..blh refer surat tu..24m sama 2thn la ye..biasa kalau nk buat juga ats tggungjwb sndiri..
DeleteSalam.. nak tanya.. lepas temuduga lisan nanti tggu apa lagi ye?? Medical check up ke??
ReplyDeleteLps lulus iv..tggu surat tawaran penempatan..masa tu bwk skali laporan checkup
DeleteMedical check up personal ke?
DeleteMasa check up nnti mereka ada check mata lagi tak?
DeleteMaaf nak tanya jika berjaya training yang 3-4bulan tu dekat mana
ReplyDeleteWaalaikummussalam..
DeleteTempat latihan berubah dri semasa ke semasa..kebiasaannya plpp taipeng..
As salam.nk tnya. Kerja pegawai penjara boleh simpan janggut tak?
ReplyDeleteWaalaikummussalan..tidak dibenarkan..
DeleteSya punya iv 11/3 ni tp dah lps dah n xdpt dtg masa tu so masih boleh ka sya pegi iv pada trikh sterusnya slgi proses ujian ini berlangsung?
ReplyDeleteKene refer & maklum dgn pihak spa..
DeleteSy dpt ujian fizikal 14 hari bulan.. Rambut panjang.. Pendapat tuan kalu sy x potong rambut lepas x?
ReplyDeleteRambut utk pemeriksaan fizikal ni xda masalah lagi..
DeleteKalau iv nt digalakkan bermbut pendek dan kemas..
assalamualaikum sy nk tanya nt ada ujian psikometrik x?
ReplyDeleteWaalaikummussalam..
DeleteTak ada..kebiasaannya ujian psikometrik utk gred29 & ke ats
Assalammualaikum tuan.. nk tanya sikit.. kalau ukuran dada x lepas mmg terus balik ke...sebab kalau ikut minimum bagi lelaki 79 biasa, 84 tarik nafas.. kalau mcm saya 77biasa, 80 tarik nafas.. terus kena reject atau ada budi bicara lagi. .
ReplyDeleteSelamat pagi..sya nak tanya jika wanita hamil 5 bulan dan bmi 28 kena reject ke?
ReplyDeleteSalam , encik ... Kalau dh tau mata rabun, dah confirm kena reject .. Better pergi ujian ke tkyah pergi ?
ReplyDeleteKalau ujian ni kena reject ,,, ntk jawatan lain nnti akan dipanggil lg ke tak ?
ReplyDeleteSalam bro, nak tanya klu tak lepas apa² masa ujian aritu cth kawad bmi, tinggi dll, mimang trus disuru balik ke? Automatik kick out?tq
ReplyDeleteSalam, nk tny klu bhg pancaindera diorang tampal dkt dinding siap² ke atau diorang bg asing² utk stiap org .Boleh kongsi sikit tak yg bhg tu ,atau ada tips² dy ke utk org yg agk rabun ni 😅
ReplyDeleteBiasa nya kalau dah tamat latihan.. dia akan posting ikot kita atau diorg yg tentukan?
ReplyDeleteBiasa nya kalau dah tamat latihan.. dia akan posting ikot kita atau diorg yg tentukan?
ReplyDelete