DIY | FIX aircond blower dan motor

Entry kali ni aku nk share cara nk cuci blower

Kebiasaannye orang cuci blower filter dan up sikit cuci kipas blower.

Kali ni aku nk share cara nk restore balik motor kipas blower aircond. Untuk cara ni kalau korang dah cuci filter dan dah cuti blower tapi angin masih perlahan atau angin tak ada langsung.

1. bukak drawer dashboard sebelah penumpang - unclip atas 2, bawah 2.

2. bukak air filter aircond - unclip kiri kanan dan tarik keluar filter untuk dicuci
ade orang cakap cuci filter ni pun ade kedai charge sampai rm50
keje senang tak sampai 2minit pun.

3. bukak skru hold blower aircond 3bijik keliling blower, dan boleh turunkan blower

4. unclip socket blower motor - tekan dan tarik dengan berhati² mudah patah.

5. cari tempat untuk kita leraikan blower motor aircond ni. cungkil klip cover motor blower dengan berhati² jangan sampai patah.
 6. boleh access terus ke motor blower. buka skru 2 batang dan tarik keluar cap motor dia. tarik keluar socket dan brush dia. spring dia hati² jgn sampai terpelanting dan hilang. masa ni kalau tgk carbon brush dia dah haus blh tukar dah sblm dia kong. mcm aku punya separuh lagi so pakai lagi la jimat.
Dalam step ni jugak korang boleh grees atau minyakkan bearing atas dan bawah bagi putaran tu lebih lancar. untuk part gantian hanya untuk carbon brush sahaja. untuk coil magnet kalau dah terbakar rasanye baik korang beli baru atau 2nd kalau rajin nak operate lagi lah.

7. untuk fan blower ni lain sikit dari blower kereta lain yang lain. sbb dia tak ada clip atau nut yang lock. so cara nk bukak dia tarik je kiri kanan perlahan² sampai tercabut.
lepas dah bwk klua tu blh la cuci dengan air. tengok beza yang dah dicuci dan masih kotor. nk cuci bilah ni pun agak leceh sebenarnye. kalau ada chemical sembur trus tembak air hilang. kalau manual guna span yg nipis atau kain selitkan celah bilah blower tersebut. SATU SATU.. besi pada bilah fan blower ni korang jangan cabut. jangan terkejut fan blower pun ade balancing.hahaha.

8. tarik keluar batang coil magnet dari mangkuk megnet - gosok dengan kertas pasir tempat yang ditandakan dan cuci juga celah² copper tersebut, agar motor dapat berfungsi dengan lebih laju dan lancar. kerana arus elektrik dari brush touch terus ke copper tanpa habuk² karbon.


9. cuci jugak mangkuk magnet motor ni sampai bersih. buang segala habuk yang ada dalam tu sampai puas hati.

10. dah selesai semua boleh pasang ikut step buka tadi. ingat part² kecil dia jangan lupa. dan rasai perbezaan seperti kereta baru. buka fan 1 pun dah beku. selamat mencuba, utamakan keselamatan.



Comments

Popular posts from this blog

6 Masalah Fuel Filter Tersumbat

Pengalaman Temuduga Pegawai Penjara KX17 / KA19

DIY | FIX - Cermin pandang belakang longgar / loose rear view mirror